"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Isnin, 28 Oktober 2019

AL-SULTAN ABDULLAH MENERIMA DK (PERLIS)

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menerima Darjah Kerabat Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail (DK (Perlis)), bertempat di Istana Negara, Kuala Lumpur, pada 28 Oktober 2019.
Perwasalan darjah kebesaran itu adalah bersempena UlangTahun Hari Keputeraan ke-76 DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, yang disambut pada 12 Oktober 2019.
Darjah kebesaran itu telah dikurniakan oleh DYMM Tuanku Perlis di dalam istiadat perwasalan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI. Keberangkatan tiba DYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Tuanku Raja Perempuan Perlis di Istana Negara disambut oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.

Khamis, 24 Oktober 2019

24 OKTOBER 2019

Pada hari ini 24 Oktober 2019, merupakan Hari Ulangtahun Keputeraan ke-89 Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.
Marilah kita bersama-sama mensedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum dan mendoakan semuga Roh Almarhum ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman.
الفاتحة 
‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Selasa, 1 Oktober 2019

SELAMAT HARI KEPUTERAAN TENGKU PUTERI ILISHA AMEERA

Selamat Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada 01 Oktober 2019

Sabtu, 28 September 2019

SEMBAH TAKZIAH

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Merafak Sembah Takziah ke sisi KDYMM Sultan Kelantan Darul Naim, Ahli² Kerabat D’Raja dan seluruh Rakyat Negeri Kelantan di atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Semuga Allah SWT mencucuri rahmatNya ke atas roh Almarhum.
الفاتحة

Selasa, 17 September 2019

SEMBAH TAHNIAH SEMPENA HARI KEPUTERAAN PEMANGKU RAJA PAHANG

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Hari Ulangtahun Keputeraan yang ke-24, pada 17 September 2019

Rabu, 11 September 2019

SELAMAT HARI KEPUTERAAN TENGKU PANGLIMA MUDA & TENGKU PUTERI RAJA

Selamat Hari Ulangtahun Keputeraan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, pada 11 September 2019

Isnin, 9 September 2019

SEMBAH TAHNIAH SEMPENA KEPUTERAAN RASMI YANG DIPERTUAN AGONG

Merafak Sembah & Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong XVI
Semuga Allah Memberkati Pemerintahan Seri Paduka Tuanku

اَللّٰهُ أَكْبَر‎
DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU