Rabu, 24 Oktober 2018
Isnin, 22 Oktober 2018
SEMBAH TAHNIAH
Sempena Pertabalan sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ke-29, pada 22 Oktober 2018.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
Sabtu, 20 Oktober 2018
KENALI ORANG BESAR BEREMPAT NEGERI PAHANG
Yang
DiHormat Orang Kaya Indera Shahbandar
Dato’
Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak
DK.,
SSAP., SIMP., SPMK., SPMS., SSSJ., SPSA., SPDK., DUNM., DPMS., DSAP.,
PNBS.
Yang
DiHormat Orang Kaya Indera Segara
Tengku
Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussin
SSAP.,
DSAP., DIMP., SAP., AMN.
(Yang Mulia Datuk
Paduka Maharaja Lela)
Yang
DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’
Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan
SSAP.,
SIMP., DSAP., SAP., JSM., AMP.
Yang
DiHormat Orang Kaya Indera Perba Jelai
Dato’
Haji Wan Abdul Rahman bin Dato’ Haji Wan Ibrahim
DIMP.,
SMP., AMN., PJK.(Kemaskini 27 Oktober 2018)
Khamis, 18 Oktober 2018
SEJARAH BERTANJAK DI TANAH MELAYU
Pada tahun 750 Masihi, Sang Jaya Bangsa
atau Sang Rama Dhamjaya – Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang,
Sumatera telah menyerang kerajaan Langkasuka di bawah pemerintahan Raja Maha
Bangsa. Pada tahun 775 Masihi, Srivijaya telah berjaya menakluk Langkasuka dan
seluruh tanah jajahannya.
Kemasukan pengaruh budaya Melayu Srivijaya dari Sumatera, termasuklah tengkolok, tanjak dan destar dipercayai bermula pada tahun 775 Masihi. Walau bagaimanapun, pengaruh budaya Melayu Langkasuka (termasuklah Kecopong @ Ketopong) tetap kekal dominan.
Penggunaan tengkolok, tanjak dan destar secara meluas di Semenanjung Tanah Melayu dipercayai hanya bermula apabila Seri Teri Buana ditabalkan sebagai pemerintah bagi tiga buah kerajaan – Palembang-Jambi (Srivijaya-Melayu), Bintan dan Singapura Tua.
Dari segi kedudukan geografi, Kepulauan Bintan dan Kepulauan Singapura adalah sebahagian daripada Semenanjung Tanah Melayu. Ini bermakna, kemasukan tengkolok, tanjak dan destar bermula dari arah selatan menuju ke utara Semenanjung.
Serangan Majapahit ke atas tiga buah kerajaan tersebut telah memaksa pemerintah terakhirnya, Parameswara melarikan diri ke utara lalu mendirikan Kesultanan Melaka. Di bawah pengaruh empayar Melaka inilah, penggunaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke semua negeri jajahan dan naungannya.
Sultan-sultan Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang telah menabalkan putera-putera mereka sebagai raja atau sultan di negeri Perak, Jeram (Selangor), Johor, Terengganu dan Pahang.
Ada juga di kalangan para pembesar Melaka dan Johor-Riau-Lingga-Pahang yang dilantik sebagai wakil raja di wilayah jajahan seperti Kelang (Selangor) dan Muar (Johor).
Sultan Mahmud Syah (Kedah) telah pergi ke Melaka untuk bertemu dengan Sultan Mahmud Syah (Melaka) demi memohon Nobat. Dari sinilah bermulanya sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kedah.
Sejarah tengkolok, tanjak dan destar di negeri Kelantan bermula apabila Sultan Melaka menakluk negeri Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga di bawah pemerintahan Sultan Gombak.
Dari Kelantan, pemakaian tengkolok, tanjak dan destar masuk ke Patani apabila Patani diperintah oleh anak-anak raja dari Dinasti Kelantan I dan Dinasti Kelantan II.
Pada zaman Kerajaan Persekutuan Patani Besar, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke negeri Singgora (Songkhla, Phatthalung dan Satun) serta Ligor (Nakhon Si Thammarat).
Di bawah pengaruh empayar Kedah pula, penggunaaan tengkolok, tanjak dan destar telah berkembang ke Sendawa (Sadao), Setul (Satun), Terang (Trang), Ayer Kelubi (Krabi), Kuala Punga (Phang Nga), Pulau Bukit (Koh Phuket) dan Rundung (Ranong) di selatan Thailand serta Tenang Sari (Tenasserim) di selatan Myanmar.
Sabtu, 13 Oktober 2018
LARANGAN DALAM BERTANJAK
Dalam
pembuatan tanjak, juga mempunyai larangan dan pantang larang. Ini kerana ia
adalah sesuatu yang dijunjung di atas kepala dan mempunyai simbolik yang
tinggi.
1. Larangan membuat tanjak berbentuk
huruf ‘Ya’
Huruf
‘Ya’ dalam Alam Melayu ialah huruf Hijaiyah yang paling akhir dari bacaan,
melambangkan akhir hayat atau kematian.
2. Larangan menggunakan kain bewarna Kuning Za’faran
Kuning raja atau kuning susu lebih cerah ke arah
putih, seperti warna kuning bendera negeri Perak.
Kuning Za’faran tidak sama seperti kuning diraja.
Ianya lebih pekat.
3. Larangan melangkah kain dan memijak
kain dengan tapak kaki
4. Larangan memakai tanjak yang
dipakai oleh Sultan yang mati dibunuh
Selagi
tidak ada pembelaan khas untuk Baginda, maka ia adalah dilarang keras dan
menyalahi Adat Melayu. Tanjak jenis tersebut hanya boleh dipakai setelah Sultan
tersebut mendapat pembelaan sewajarnya dan pemakai yang baharu ialah seorang
pengganti Sultan tersebut yang sah.
Rabu, 26 September 2018
SENI KARANGAN TANJAK
Tanjak
adalah hiasan kepala, bermaksud tanah dipijak. Tanjak yang dipakai pula membawa
maksud kepada si pemakai bahawa mereka mengakui Tanah Melayu ini memang tempat
asal usul orang Melayu.
Bentuk
kainnya wajib empat segi yang dilipat menjadi tiga segi sebagai simbol ‘gunungan’.
Tanjak hanya dipakai oleh lelaki dan juga disebut sebagai tengkolok atau
destar.
Tanjak
dihasilkan menggunakan bahan daripada kain dan wajib mempunyai bahagian simpul, tapak, bengkung dan karangan atau solekan.
Antara
fungsi dan kegunaan tanjak ialah:
-
Simbol
bangsa, keturunan atau kerajaan
-
Taraf
dan kuasa
-
Hiasan
kepala
-
Mengemaskan
kedudukan rambut yang panjang
-
Adat
istiadat
-
Ritual
-
Menghalang
peluh dari dahi menitis ke mata
-
Pelengkap
busana
-
Identiti
si pemakai
Khamis, 20 September 2018
SIAPAKAH TENGKU ALI?
Ramai
yang terkejut dengan tuntutan seorang insan bernama Tengku Ali ke atas Kesultanan Terengganu, kira-kira 3 dekad yang lalu. Ramai yang meragui
kesahihan dakwaan beliau dan tidak kurang pula yang mempercayainya.
Namun,
memang ramai yang tidak tahu tentang Tengku Ali ini. Siapakah Tengku Ali yang
berani menggegarkan Kesultanan Terengganu? Benarkah beliau seorang Tengku?
Apakah tujuan di sebalik tuntutan beliau ini?
Tengku
Ali dilahirkan pada tahun 1914, di Istana Tepi Bukit, berhampiran Bukit Puteri.
Beliau merupakan putera sulung Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah,
Sultan Terengganu ke-13. Bondanya ialah Tengku Ampuan Mariam, puteri Almarhum
Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah, Sultan Pahang.
Selain
Tengku Ali, Almarhum Sultan Sulaiman mempunyai tiga orang putera dan empat
orang puteri lagi. Mereka ialah Tengku Azizah, Tengku Asma’ (Sultanah Kedah),
Tengku Abdul Rashid, Tengku Atikah, Tengku Mariam, Tengku Abdul Aziz dan Tengku
Abdul Rahman.
Tengku
Ali mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, salah sebuah sekolah
yang terawal di Kuala Terengganu. Sewaktu berusia 15 tahun, beliau dihantar
pula menuntut di Andrew School, England. Selepas itu ke Universiti Oxford,
mengambil jurusan Ilmu Alam, selama 5 tahun. Bagaimanapun, beliau tidak sempat
memperolehi Degree. Seperkara yang menarik tentang Tengku Ali ialah sewaktu
sampai di England, beliau tidak tahu berbahasa Inggeris walaupun sepatah.
Tetapi atas daya usaha sendiri, akhirnya beliau dapat juga menguasai bahasa tersebut
sedikit demi sedikit. Di England, beliau terpaksa menaiki basikal sejauh 10
kilometer seriap hari untuk ke universiti.
Pada
tahun 1934, beliau kembali semula ke tanah air dan dihantar oleh ayahandanya ke
Kemaman, yang pada masa itu masih merupakan sebuah pekan yang dilitupi hutan
belantara. Di sana, beliau disuruh belajar dan berlatih bekerja dengan Mubin
Sheppard.
Selepas
itu beliau dihantar pula ke Kuala Lumpur dan kemudiannya ke Kuala Selangor. Di
Kuala Selangor beliau bekerja tanpa gaji bersama-sama Raja Uda dan Residen
British pada waktu itu.
Tengku
Ali kemudiannya mengahwini Tengku Ainon Jamal, puteri Sultan Abu Bakar, Sultan
Pahang. Dengan perkahwinan ini bermakna beliau telah mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim Terengganu-Pahang, kerana sebelum ini nendanya, Almarhum Sultan
Zainal Abidin III telah mengahwini Tengku Long puteri Sultan Ahmad. Manakala
bonda Tengku Ali, Tengku Mariam juga adalah puteri Sultan Pahang.
Perkahwinan
dengan Tengku Ainon Jamal dianugerahkan Allah tiga cahaya mata, iaitu Tengku
Besar, Tengku Afzam dan Tengku Iskandar Abu Bakar. Perkahwinan tersebut
sebenarnya merupakan perkahwinan ketiga Tengku Ali. Sebelum itu Tengku Ali
telah pun beristerikan Che’ Fatimah dan dianugerahkan seorang putera, Tengku
Abdul Halim. Perkahwinan kedua Tengku Ali ialah dengan Tuan Nik Sharifah Aminah
dan perkahwinan ini telah dianugerahkan Allah dengan tujuh orang putera dan
puteri, iaitu Tengku Puteri, Tengku Fatimah, Tengku Badli Shah, Tengku Kechik,
Tengku Jaafar, Tengku Mohamad Muhiddin dan Tengku Khadijah.
Semasa
Tengku Ali dilantik menjadi Sultan Terengganu, Tengku Ainon Jamal telah
dilantik sebagai Tengku Ampuan. Perlantikan tersebut telah digazetkan di dalam
Warta Kerajaan Terengganu Bil. 18 yang bertarikh 16.09.2603 (tahun Jepun).
Walaupun demikian, jodohnya dengan Tengku Ainon Jamal tidak panjang. Mereka
berpisah setelah Tengku Ali diturunkan daripada tahta kesultanan Terengganu.
Selain
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kerabat Diraja Pahang, Tengku Ali juga
mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Kerabat Diraja Kedah. Hubungan ini
bermula apabila adinda Tengku Ali, Sultanah Asma’ berkahwin dengan Almarhum
Sultan Badlishah, Sultan Kedah yang ke-27. Putera Sultanah Asma’, Sultan Mahmud
Sallehuddin merupakan Sultan Kedah ke-29. Seorang lagi adinda Tengku Ali,
Tengku Abdul Aziz berkahwin dengan Tunku Hamidah, puteri Sultan Badlishah.
Tengku Abdul Aziz merupakan bekas Juruiring Sultan Kedah.
Berdasarkan
bukti-bukti sejarah, Tengku Ali memang pernah menjadi Sultan Terengganu ke-14,
dari tahun 1942-1945. Iaitu sebelum Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni
Almarhum Sultan Zainal Abidin memerintah Terengganu. Tengku Ali dilantik
menjadi Sultan Terengganu oleh jemaah menteri, bagi menggantikan Almarhum
Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, ayahandanya yang mangkat pada 25 September
1942.
Tengku
Ali mangkat pada hari Jumaat, 17 Mei 1996, di usia 82 tahun dan dimakamkan di
dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Langgan:
Ulasan (Atom)














