“Raja Pemerintah ialah punca bagi segala
pangkat-pangkat kebesaran dan pangkat-pangkat kemuliaan di dalam Negeri dan
Baginda sahajalah seorang yang boleh mengurniakan gelaran-gelaran dan
pangkat-pangkat kemuliaan dan mengadakan pangkat-pangkat kebesaran atau
kurniaan.”
Khamis, 4 November 2021
4 INDIVIDU DIKURNIAKAN GELARAN YANG HORMAT DATO’ KURNIA
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mengurniakan
gelaran Yang Hormat Dato' Kurnia kepada 4 individu.
Yang Hormat Dato' Kurnia Ekram
YH
Dato' Sri Vinod Kumar Agawal
Yang Hormat Dato' Kurnia Wira
YH Leftenan
Kolonel Dato' Dr. Ir. Thong Kok Sing
Yang Hormat Dato' Kurnia Bistari
YH Dato'
Mohamed Ariffin Awang Ismail
Yang Hormat Dato' Kurnia Arjuna
YH Dato'
Akbar V. V. Abu
Pengurniaan
gelaran ini selaras dengan Perkara 28, Bahagian Pertama, Bab 4 – Pangkat-Pangkat
Kemuliaan dan Aturan Adat Istiadat, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang:
Pengurniaan
gelaran ini berkuatkuasa pada 27 Oktober
2021.
Khamis, 23 September 2021
YM ENGKU HALIN MENINGGAL DUNIA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dukacita
dimaklumkan bahawa Yang Mulia Engku Halin bin Engku Stibaha, Tukang Payung
Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah, telah kembali ke Rahmatullah,
pada jam 12 tengah malam di rumah Allahyarham di Kampung Baru Salong, Pekan.
Allahyarham
menghidap komplikasi jantung.
Jenazah
Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Banjir,
Salong, Pekan, Pahang, sebelum Zohor.
الفاتحة
Khamis, 12 Ogos 2021
DATO' SETIA WANGSA MENINGGAL DUNIA
Assalamualaikum
wbt.
YAB /
YAM / YDHM / YDH / YB / YHM / YH / Tuan,
Adalah
patik / saya dengan segala dukacitanya memaklumkan bahawa Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa, Dato’ Indera Haji Mustafa bin Abu
Bakar, SIMP., DSAP., DIMP., SAP., AMP., AMN., telah kembali ke Rahmatullah
hari ini pada jam 5.36 petang di rumahnya di Paya Laka, Rompin.
Sebarang
maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Sekian,
terima kasih.
Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan
Diraja Negeri
Ridzuan bin Mohamad PKC., PKT.
Ahad, 1 Ogos 2021
PENGURNIAAN GELARAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA BESAR
Assalamualaikum
wbt.
Adalah
patik / saya dengan segala hormatnya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin
Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang
Amat Mulia Tengku Panglima Besar kepada Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Sri Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar, SSAP., SIMP., PSM., DSAP., SPTJ., berkuatkuasa pada 30hb Julai 2021
bersamaan 20 Zulhijjah 1442 Hijrah.
Sekian
dimaklumkan. Terima kasih.
Daripada : Setiausaha Jumaah Pangkuan
Diraja Negeri
Ridzuan Mohamad PKC., PKT.
Ridzuan Mohamad PKC., PKT.
Jumaat, 16 Julai 2021
PENGURNIAAN GELARAN YDHM ORANG KAYA INDERA SEGARA
Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah telah mengampuni perkenan mengurniakan gelaran Yang Dihormat Mulia Orang
Kaya Indera Segara (OKIS) - Orang Besar Berempat bagi Negeri Pahang kepada Yang
Hormat Mulia Tengku Dato’ Sri Zulkifly bin Tengku Arif Temenggong Tengku Ahmad,
SSAP., DIMP.
Sembah Tahniah, YdHM Orang Kaya Indera Segara – Orang Besar Berempat Negeri Pahang.
Rabu, 24 Februari 2021
TOK PENTARA RAJA MENINGGAL DUNIA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Adalah dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Hormat Tok Pentara Raja, Dato' Haji Ismail bin Marzuki, DIMP., SAP., AAP., AMP., PJK., Orang Besar Raja Pahang, telah kembali ke Rahmatullah, hari ini 24.2.2021 jam 1.15 pagi.
الفاتحة
Sabtu, 28 November 2020
ORANG BESAR ENAMBELAS PAHANG MENINGGAL DUNIA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Dengan perasaan sedih dan dukacitanya dimaklumkan bahawa Orang Besar Enambelas Pahang, YH Tok Muda Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah telah kembali ke Rahmatullah jam 10.48 pagi, 28 November 2020, di HUKM Cheras.
Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk disemadikan di Pekan.
الفاتحة
Langgan:
Ulasan (Atom)









