"SESIAPA YANG TIDAK BELAJAR DARIPADA SEJARAH, AKAN TERHUKUM MENGULANGI KESILAPAN SILAM"

Sabtu, 11 Jun 2016

ORANG BESAR ENAM BELAS NEGERI PAHANG

Di bawah Orang Besar Berlapan adalah Orang Besar Enam Belas, yang digelar Tok Muda.
Isteri mereka bergelar Datin.

ORANG BESAR ENAM BELAS (TERKINI)
1. Yang Hormat Tok Muda Tengku Dato’ Abdul Manan bin Tengku Temenggong Haji Abdul Aziz
2. Yang Hormat Tok Muda Kol.(B) Dato’ Hashim bin Mohamed Ali
3. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Asmad bin Haji Sulaiman
4. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah
5. Yang Hormat Tok Muda Tengku Dato’ Haji Mohd Mustaffa bin Tengku Dato’ Haji Ibrahim
6. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed
7. Yang Hormat Tok Muda Ungku Dato’ Abdul Arif bin Ungku Hasbar
8. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Mohd Nor bin Abu Bakar
9. Yang Hormat Tok Muda Mejar (B) Dato’ Haji Ahmad Baharuddin bin Haji Mohd Akil
1. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Haji Talib bin Sulaiman
11. Yang Hormat Tok Muda Wan Zainal Mokhtar bin Dato’ Haji Wan Ahmad Tajuddin
12. Yang Hormat Tok Muda Dato’ Wan Nor Anua bin Wan Mansor
13. Yang Hormat Tok Muda Tengku Dato' Ahmad Ainayatullah bin Tengku Besar Abdul Jalil
14. Yang Hormat Tok Muda Tengku Haji Rohanim bin Tengku Haji Abdul Hamid
15. Yang Hormat Tok Muda Tengku Kamarulzaman bin Tengku Dato’ Korish

Dikemaskini 04 November 2017

ORANG BESAR BERLAPAN NEGERI PAHANG

Orang-Orang Besar negeri juga terdiri daripada lapisan tanggungjawab yang menyusul Orang-Orang Kaya iaitu Orang Besar Berlapan yang dipanggil Dato’ Setia Pahang. Orang Besar Berlapan terdiri daripada :-
1.    Dato’ Setia Pahlawan
2.    Dato’ Setia Perkasa
3.    Dato’ Setia Penggawa
4.    Dato’ Setia Muda
5.    Dato’ Setia Lela
6.    Dato’ Setia Raja
7.    Dato’ Setia Wangsa
8.    Dato’ Setia Amar Segara
(Isteri bergelar Toh Puan Setia)

ORANG BESAR BERLAPAN (TERKINI)

1.    Yang Hormat Dato’ Setia Pahlawan
Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Haji Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali

2.    Yang Hormat Dato’ Setia Perkasa
Yang Mulia Tengku Dato’ Sri Zulkifly bin Tengku Ahmad

3.    Yang Hormat Dato’ Setia Penggawa
(kosong)

4.    Yang Hormat Dato’ Setia Muda
Dato’ Haji Wan Jasmin bin Dato’ Haji Wan Badiuzzaman

5.    Yang Hormat Dato’ Setia Lela
(kosong)

6.    Yang Hormat Dato’ Setia Raja
Yang Mulia Tengku Dato’ Ibrahim @ Alam Shah bin Tengku Abdul Ghani

7.    Yang Hormat Dato’ Setia Wangsa
Dato’ Haji Mustafar bin Abu Bakar

8.    Yang Hormat Dato’ Setia Amar Segara
Dato’ Sri Haji Halim bin Haji Ibrahim

Dikemaskini 04 November 2017

Rabu, 8 Jun 2016

ORANG BESAR BEREMPAT NEGERI PAHANG


Mengikut tradisi, Orang Besar Berempat adalah dilantik dari keluarga atau puak tertentu yang turun temurun. Bagi orang-orang besar lain ada yang dipilih dari kalangan keluarga tertentu dan ada yang tidak. Walau bagaimanapun kuasa ini terletak kepada Raja Pemerintah. Perkembangan sistem pembesar pahang mempunyai sejarahnya sendiri yang berlainan dengan gelaran-gelaran yang terdapat dalam kalangan pembesar Melaka atau Johor-Riau. Ini adalah kerana semasa Sultan Abdul Ghafur lagi penghijrahan orang-orang dari kepulauan Melayu telah berlaku terutama dari Sumatera.

Di Pahang, pembesar-pembesar dalam kerajaan negeri Pahang moden dipanggil Orang-Orang Besar Berempat yang terdiri daripada:-
1.    Orang Kaya Indera Shahbandar (OKIS)
2.    Orang Kaya Indera Segara (OKIS)
3.    Orang Kaya Indera Pahlawan (OKIP)
4.    Orang Kaya Indera Perba Jelai (OKIPJ) (dahulunya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai) 
(Isteri bergelar Toh Puan Indera)

Orang Besar Berempat diberikan kawasan untuk ditadbir. Misalnya bagi Orang Kaya Indera Pahlawan menguasai Kuala Luit hingga ke Bera; Orang Kaya Indera Perba Jelai berkuasa dan mentadbir di Ulu Jelai, Orang Kaya Indera Segara menguasai Temerloh (di kawasan sebelah hilir Sungai Jelai) manakala Orang Kaya Indera Shahbandar menjaga kawasan Bebar hingga ke Luit. Jika diamati, Orang Besar Berempat ini diagihkan tugas mengikut kawasan dan selari dengan persekitaran bentuk muka bumi. Orang Kaya Indera Perba Jelai pentadbirannya di kawasan pergunungan, sebelah barat laut Pahang. Orang Kaya Indera Segara pula mentadbir kawasan di Temerloh terletak di kawasan sungai dan lautan. Orang Kaya Indera Shahbandar lokasinya rata-rata terletak di bandar-bandar utama serta pelabuhan. Orang Kaya Indera Pahlawan pula kebanyakannya bertindak seperti hulubalang negeri dari Kuala Luit ke Bera.

ORANG BESAR BEREMPAT (TERKINI)

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Shahbandar
Dato’ Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Segara
Tengku Dato’ Sri Haji Asmawi bin Tengku Haji Hussain
(Yang Mulia Datuk Paduka Maharaja Lela)

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Pahlawan
Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan

  1. Yang DiHormat Orang Kaya Indera Perba Jelai
Dato’ Haji Wan Abdul Rahman bin Dato’ Haji Wan Ibrahim

Dikemaskini 04 November 2017

Isnin, 6 Jun 2016

KERABAT BERGELAR NEGERI PAHANG


Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang
Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang
Tengku Fahd Mua’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Pahang
Tengku Abdullah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang
Tengku Tan Sri Hajjah Meriam binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang
Tengku Kamil Ismail bin Tengku Idris Shah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Muhaini binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Kemala Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Aishah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Lela Manja Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Nong Fatimah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Bongsu Pahang
Tengku Dato’ Hajjah Shahariah binti Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Yang Amat Mulia Tengku Seri Nila Utama Pahang
Tengku Dato’ Sri Nong Soraya binti Almarhum Sultan Abu Bakar

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Pahang
Tengku Abdul Aziz ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang
Tengku Dato’ Ibrahim bin Tengku Besar Sulaiman